Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SYARIKAT PENGIKLANAN DIKENAKAN DENDA KOMPAUN
Bandar Seri Begawan, Hari Rabu, 03 April 2024 bersamaan 23 Ramadhan 1445.



Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah mengeluarkan kompaun kepada sebuah syarikat pengiklanan atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda). 

2. Syarikat Pengiklanan : Rosnah Yusof & Sons Services telah dikenakan kompaun berjumlah  $1,000 kerana memasang Iklan Billboard Banner bagi Pesta “RIUH RAYA 2024” dilokasi yang tidak mengikut kebenaran yang dipohonkan iaitu ditepi Jalan Masuk, Jalan Budiman, berdepanan Jalan Perdana Menteri. Syarikat tersebut dikehendaki untuk membuka Iklan / papan Iklan berkenaan dengan segera serta menjelaskan denda kompaun dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tersebut. 

3. Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) ingin memperingatkan kepada orang ramai khususnya syarikat-syarikat pengiklanan yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan membuat pemasangan Iklan / Papan Iklan / Papan Tanda mengikut seperti yang dibenarkan oleh Autoriti.

4. Orang ramai adalah diperingatkan untuk sentiasa mematuhi sebarang akta dan peraturan-peraturan yang berjalan pada masa ini.





ADVERTISING COMPANIES CHARGED WITH COMPOUND

Bandar Seri Begawan, Wednesday, 03 April 2024 / 23 Ramadhan 1445

Authority on Building Control and Construction Industry (ABCi) has issued a compound to an advertising company for violating Regulation 12, Building Control (Advertising, Billboards and Signboards)  Regulations

2. Rosnah Yusof & Sons Services has been charged with a compound of $1,000 for displaying Advertisements / Billboards without permission for the “RIUH RAYA 2024” at Jalan Budiman in front of Jalan Perdana Menteri. The company is required to pay compound fines within 14 days from the date issued.

3. Authority on Building Control and Construction Industry (ABCi) would like to remind, specifically, advertising companies registered under the Ministry of Development to obtain prior permission before displaying any advertisements, billboards and business signboards.

4. The public is reminded to always comply with all the acts and regulations that are currently in place. 



Attachments